Langkah 1: Anda boleh mengakses Baucar melalui mana-mana pilihan ini di halaman utama aplikasi CelcomDigi:
a. Pilih ‘Baucar’ dari menu atas, ATAU
b. Pergi ke ‘Perkhidmatan’ dan pilih ‘Baucar’.
Langkah 2: Pilih baucar dan ketik ‘Beli’ untuk meneruskan.
Langkah 3: Pilih kaedah pembayaran pilihan anda dan sahkan alamat emel anda. Kemudian, klik ‘Seterusnya’ untuk melengkapkan pembayaran.
Langkah 4: Pembayaran berjaya! Ketik ‘Tebus Sekarang’ untuk menggunakan baucar anda atau ‘Teruskan Membeli-belah’ untuk meneroka lebih banyak tawaran.