Semak panduan langkah demi langkah di bawah untuk belajar cara membatalkan pautan sesi aktif anda sebelum ini di Aplikasi CelcomDigi.
Batalkan pautan sesi aktif dari peranti lama anda
Langkah 1: Pada peranti lama anda, di bawah bahagian “Profil Saya”, pilih “Uruskan Peranti Log Masuk”.
Langkah 2: Seterusnya, pilih “Nyahpaut”.
Langkah 3: Untuk berjaya nyahpaut, pilih “Sahkan” pada paparan pengesahan dan lakukan pengesahan biometrik.
Langkah 4: Setelah pengesahan biometrik berjaya, anda akan dibawa semula ke skrin log masuk, dan kini anda boleh log masuk menggunakan peranti yang lain.
Nota: Jika anda tidak mempunyai akses ke peranti lama anda, sila hubungi Khidmat Pelanggan CelcomDigi di sini.
Log masuk semula ke akaun anda di peranti baharu
Langkah 1: Pada skrin log masuk, pilih “Pernah log masuk melalui SSO sebelum ini? Klik sini”.
Langkah 2: Pilih kaedah SSO yang anda pernah gunakan untuk log masuk ke aplikasi sebelum ini.
Langkah 3: Lengkapkan langkah-langkah yang diberikan dan anda akan dapat log masuk ke akaun anda.