Ini adalah notis penting untuk pelanggan Celcom.
Harap maklum bahawa peningkatan sistem berjadual Celcom akan berlangsung dari 12:00 pagi hingga 6:00 pagi pada 19-Jan-2026. Sepanjang tempoh ini, beberapa perkhidmatan dan saluran akan tergendala. Kami mengesyorkan agar anda merancang aktiviti lebih awal bagi memastikan pengalaman yang lancar.
Perkhidmatan dan Saluran yang Terjejas Semasa Peningkatan Sistem Berjadual
Tarikh | 19-Jan-2026 |
Perkhidmatan yang Tidak Tersedia |
|
Saluran yang Tidak Tersedia |
|
Untuk memastikan pengalaman yang lancar semasa peningkatan sistem berjadual, sila pra-tempah pas perantauan dan lakukan pembelian add-on internet atau pelan internet anda sebelum waktu peningkatan sistem berjadual.a
Ketahui Lebih Lanjut: Cara Membuat Pra-Tempahan Pas Perantauan melalui aplikasi CelcomDigi
Langkah 1: Pada halaman utama aplikasi CelcomDigi, tekan 'Perantauan'
Langkah 2: Pilih negara dan pas perantauan pilihan anda
Langkah 3: Tap ikon kalender untuk tetapkan tarikh pengaktifan anda. Kemudian, klik ‘Pra-Tempah’ untuk sahkan pembelian.
Langkah 4: Anda boleh menyemak pra-tempah di halaman Semua Perkhidmatan > kategori ‘Akaun’ > Pra-Tempahan Perantauan.
Semua saluran dan perkhidmatan Celcom yang lain akan kekal tersedia seperti biasa. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai pemahaman serta kesabaran anda dalam perkara ini.