1. Apakah tempoh masa untuk menggunakan Add-On Internet Lewat Malam?
Nikmati melayari Internet berkelajuan tinggi dari 1:00 AM - 7:00 AM.
2. Bagaimanakah saya boleh melanggan Add-On Internet Lewat Malam?
Anda boleh melanggan melalui Celcom Life App atau dail *118*3#.
3. Adakah pembaharuan automatik tersedia untuk Add-On Internet Lewat Malam?
Pembaharuan automatik tersedia untuk Add-On Internet Lewat Malam mingguan dan bulanan.
4. Bagaimanakah saya menghentikan pembaharuan automatik untuk Add-On Internet Lewat Malam?
Anda boleh menghentikan pembaharuan automatik melalui:
Aplikasi Celcom Life
Dail *118*3#
Hantarkan pertanyaan kepada kami di sini
5. Bagaimanakah kuota saya digunakan apabila saya melanggan Add-On Internet Lewat Malam?
Jika anda mempunyai pelan Internet yang aktif, kuota pelan Internet anda tidak akan digunakan apabila anda mengakses Internet pada kelajuan tinggi dari 1:00 AM - 7:00 AM.
Jika anda tidak mempunyai pelan Internet yang aktif, anda masih boleh melayari Internet pada kelajuan tinggi menggunakan kuota Add-On Internet Lewat Malam dari 1:00 AM - 7:00 AM.
6. Apakah kedudukan keutamaan penggunaan data untuk semua Internet?
Hadiah percuma (freebies)
Tambahan Add-On
Pelan Internet
Internet Asas Percuma
Bayar setiap penggunaan (untuk pelan tanpa Internet asas sahaja)