Soalan Lazim
1. Apakah CelcomDigi Fiber?
CelcomDigi Fiber ialah perkhidmatan jalur lebar rumah yang menawarkan Internet berkelajuan ultra tinggi, tanpa had dengan harga yang berpatutan.
2. Apakah pelan dan caj bayaran bulanan?
Pelan | CelcomDigi Fiber 100Mbps | CelcomDigi Fiber 300Mbps | CelcomDigi Fiber 500Mbps | CelcomDigi Fiber 1Gbps | CelcomDigi Fiber 2Gbps |
Kelajuan Muat Turun | 100Mbps | 300Mbps | 500Mbps | 1Gbps | 2Gbps |
Kelajuan Muat Naik | 50Mbps | 50Mbps | 100Mbps | 500Mbps | 1Gbps |
Komitmen Bulanan | RM99 | RM139 | RM159 | RM249 | RM319 |
3. Siapa yang boleh mendaftar untuk CelcomDigi Fiber?
Sesiapa yang berumur 18 tahun dan ke atas boleh mendaftar untuk CelcomDigi Fiber. Sila ambil perhatian, bagi warganegara asing, deposit sebanyak RM300 akan dikenakan.
4. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar untuk CelcomDigi Fiber?
Hanya lengkapkan borang di sini dan ejen kami akan menghubungi anda untuk membuat pengaturan. Sebagai alternatif, kunjungi di mana-mana kedai CelcomDigi yang terdekat.
5. Adakah pelan CelcomDigi Fiber disertakan dengan sebarang peranti?
Berita baik! Semua pelan kami disertakan dengan router WiFi 6 berdaya mesh PERCUMA, seperti di bawah:
Pelan Fiber | Peranti |
CelcomDigi Fiber 100Mbps | 1x router WiFi 6 |
CelcomDigi Fiber 300Mbps | 1x router WiFi 6 |
CelcomDigi Fiber 500Mbps | 1x router WiFi 6; dan 1x nod mesh (untuk pendaftaran baharu selepas 18 Disember 2025) |
CelcomDigi Fiber 1Gbps | 1x router premium WiFi 6; dan 1x nod mesh (untuk pendaftaran baharu selepas 18 Disember 2025) |
CelcomDigi Fiber 2Gbps | 1x router premium WiFi 6; dan 1x nod mesh (untuk pendaftaran baharu selepas 18 Disember 2025) |
6. Saya adalah pelanggan pascabayar, adakah saya boleh menikmati tawaran untuk pelan CelcomDigi Fiber?
Semua pelanggan pascabayar baharu dan sedia ada pada pelan yang layak boleh menikmati rebat bulanan sehingga RM60 untuk pelan fiber anda.
Pelan | CelcomDigi Fiber 100Mbps | CelcomDigi Fiber 300Mbps | CelcomDigi Fiber 500Mbps | CelcomDigi Fiber 1Gbps | CelcomDigi Fiber 2Gbps |
RRP | RM99 | RM139 | RM159 | RM249 | RM319 |
Rebat Bulanan* | N/A | - RM10 | - RM10 | - RM10 | -RM10 |
Rebate Kempen** | -RM10 | -RM30 | -RM10 | -RM50 | -RM50 |
Komitmen Bulanan Bersih Fiber | RM89 | RM99 | RM139 | RM189 | RM259 |
7. Apakah pelan pascabayar yang layak?
Anda mesti melanggan CelcomDigi Postpaid 5G 60 SE dan ke atas untuk menikmati rebat bulanan tersebut.
8. Berapa lamakah rebat bulanan akan diberikan?
Anda akan menikmati rebat sehingga 24 bulan selagi talian pascabayar kekal aktif.
9. Bagaimanakah saya boleh menikmati tawaran 6 bulan PERCUMA?
Ia mungkin mengambil masa sehingga 60 hari untuk sebarang rebat dapat dilihat dalam bil fiber anda.
Oleh itu dalam bulan 1 dan bulan 2 anda mungkin masih perlu membayar jumlah penuh. Walaupun perkara itu berlaku, bulan 3 dan seterusnya anda akan menikmati rebat bulanan.
Begini cara rebat ditunjukkan dalam bulan 2 berfungsi:
Tawaran | Pelan Fiber | Bulan Pertama | Bulan Kedua sehingga ke-24 |
-Rebat bulanan RM10
&
Rebat kempen RM30 | CelcomDigi Fiber 300Mbps | Perkara yang anda lihat dalam bil anda:
| Perkata yang anda lihat dalam bil anda:
|
Apa yang anda perlu bayar: RM139 + RM10 | Apa yang anda perlu bayar: RM99 (tidak termasuk 6% cukai perkhidmatan) |
Sebagai alternatif, rebat anda mungkin ditunjukkan mulai bulan pertama:
Tawaran | Pelan Fiber | Bulan ke-1 sehingga 24 |
Rebat bulanan RM10 & Rebat kempen RM30 | CelcomDigi Fiber 300Mbps | Perkata yang anda lihat dalam bil anda:
Nota: Bil pertama anda mungkin diprorata atau sebulan penuh bergantung pada tarikh pendaftaran. |
10. Adakah saya masih layak untuk promosi jika saya melanggan semasa tempoh promosi tetapi jadual pemasangan selepas ia tamat?
Ya, anda masih layak menerima tawaran selagi anda mendaftar semasa tempoh promosi.
11. Adakah CelcomDigi fiber disertakan dengan kontrak?
Ya, semua pelan CelcomDigi fiber baharu mempunyai kontrak 24 bulan.
12.Bagaimanakah cara saya menamatkan pelan CelcomDigi Fiber saya?
Anda boleh pergi ke kedai CelcomDigi terdekat dan kami akan membantu anda atau hubungi kami secara dalam talian melalui Whatsapp. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ketahui:
Kami akan menyemak dan menyediakan bil terkini untuk anda menjelaskan bil tertunggak terlebih dahulu.
Wakil kami akan menghubungi anda dalam masa empat belas (14) hari untuk membuat pengesahan mengenai permohonan penamatan anda.
Selepas selesai pembayaran bil, permohonan penamatan anda akan diproses.
Anda tidak perlu memulangkan router anda apabila penamatan berjaya.
13. Apakah yang berlaku jika saya menamatkan fiber CelcomDigi saya dalam tempoh kontrak?
Penamatan awal fiber CelcomDigi akan dikenakan penalti. Jumlah baki bulan kontrak x caj bulanan atau RM500, yang mana lebih tinggi, akan dikenakan sebagai penalti penamatan awal.
14. Adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi Fiber saya?
Ya, anda dibenarkan menaik taraf atau menurunkan taraf pelan CelcomDigi Fiber anda pada bila-bila masa walaupun dalam tempoh kontrak. Peningkatan dan penurunan taraf adalah percuma, namun untuk setiap permintaan penurunan taraf, kontrak anda akan dimuat semula kepada kontrak 24 bulan baharu. Anda mesti memastikan bahawa anda tidak mempunyai kontrak dengan nod mesh sebelum membuat permintaan penurunan taraf. Bagi sebarang naik taraf, kontrak anda akan diteruskan untuk tempoh penuh 24 bulan.
15. Apa yang berlaku kepada rebat Fiber saya jika saya menaik taraf pelan CelcomDigi Fiber saya?
Rebat bulanan dan Rebat Kempen anda akan berdasarkan pelan terkini yang anda langgan dan akan diteruskan untuk baki tempoh 24 bulan.
16. Bagaimanakah cara untuk menukar pelan CelcomDigi Fiber saya?
Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp dan kami akan menghubungi anda untuk membuat pengaturan yang diperlukan.
17. Saya pelanggan baharu 1Gbps dengan Router WiFi 6 premium percuma, adakah saya dibenarkan menukar pelan CelcomDigi Fiber saya?
Ya, anda boleh menaik taraf pelan CelcomDigi Fiber anda kepada pelan 2Gbps. Anda tidak dibenarkan menurunkan taraf pelan anda semasa tempoh kontrak.
18. Bolehkan saya membuat penukaran jika router saya rosak atau tidak berfungsi dengan baik?
Ya, kami boleh membantu anda dengan menukar router bergantung kepada status kontrak anda:
Jika anda masih dalam tempoh kontrak, anda layak menerima router secara percuma.
Jika kontrak anda telah tamat, anda mempunyai dua pilihan:
Sambung kontrak selama 12 bulan untuk mendapatkan penukaran percuma, atau
Beli router baharu pada harga RM300 tanpa sebarang kontrak. Caj akan dimasukkan ke dalam bil anda.
Walau bagaimanapun, jika kerosakan router disebabkan oleh kecuaian pelanggan, caj sebanyak RM300 akan dikenakan tanpa mengira status kontrak.
19. Bolehkah saya menggunakan sistem mesh pihak ketiga dengan router TP-Link CelcomDigi saya?
Ya, router TP-Link CelcomDigi menyokong teknologi EasyMesh. Anda boleh memasangkannya dengan router TP-Link lain yang turut menyokong EasyMesh, seperti model daripada siri Archer, untuk membentuk rangkaian mesh yang lancar.
Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa router daripada siri TP-Link Deco menggunakan protokol mesh yang berbeza dan tidak serasi dengan router TP-Link CelcomDigi.
20. Bolehkah saya menukar alamat perkhidmatan CelcomDigi Fiber saya?
Ya, anda boleh menukar alamat perkhidmatan fiber anda tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan. Hanya lawati kedai CelcomDigi atau hubungi kami secara dalam talian melalui Whatsapp untuk memohon pemindahan, dan pastikan anda membawa peralatan semasa ke alamat baharu semasa pemasangan.
Jika CelcomDigi Fiber anda telah bersama kami lebih daripada 6 bulan, anda boleh berpindah tanpa sebarang penalti. Pemindahan sebelum 6 bulan mungkin akan dikenakan penalti kontrak.
Anda akan dapat menikmati tawaran promosi terkini dan dikontrakkan semula selama 24 bulan setelah penempatan semula berjaya.
Sekiranya alamat baharu anda tidak berada dalam liputan fiber CelcomDigi, anda akan ditawarkan dengan 5G Home WiFi sebagai alternatif sehingga port fiber disediakan. Walau bagaimanapun, jika pilihan ini tidak diterima, penalti penamatan awal akaun Fiber akan dikenakan jika anda masih dalam kontrak.
21. Apakah jenis IP yang digunakan oleh CelcomDigi Fiber?
Pelan CelcomDigi Fiber menggunakan IP Dinamik Persendirian.