Dengan satu titik akses, anda boleh menguruskan semua pelan keluarga anda dengan mudah dalam satu akaun. Ikuti langkah-langkah ini untuk menambah beberapa nombor dalam akaun anda:
Langkah 1: Di halaman utama aplikasi CelcomDigi anda, ketik ikon + di bahagian atas.

Langkah 2: Klik ‘Get Started’ apabila diminta untuk mengesahkan profil anda bagi menguruskan beberapa nombor.

Langkah 3: Pilih ‘Verify Now’ untuk memulakan proses pengesahan.

Langkah 4: Pilih jenis pemastautin anda dan jenis pengenalan pilihan, kemudian ketik ‘Next’.

Langkah 5: Imbas pengenalan anda dan semak butiran anda selepas imbasan. Ketik ‘Confirm’ untuk meneruskan.

Langkah 6: Seterusnya, klik ‘Ambil Selfie Sekarang’ dan anda selesai!
