1. Beli Pas Perantauan yang sesuai dengan keperluan anda
Cari Pas perantauan anda di laman web CelcomDigi atau aplikasi CelcomDigi.
Beli Pas perantauan pilihan anda melalui aplikasi CelcomDigi.
Jika tiada pas perantauan dibeli, Daily Roaming Pass akan diaktifkan secara automatik untuk pelanggan Pascabayar apabila data roaming dikesan. Ini membantu melindungi anda daripada caj “pay-as-you-use”.
2. Matikan mel suara untuk mengelakkan sebarang caj
Mel suara boleh dikenakan caj perantauan walaupun panggilan tidak dijawab. Jika anda tidak menjangkakan panggilan atau tidak mahu menerima panggilan semasa melancong, kami menggalakkan untuk mematikan mel suara anda. Klik di sini untuk mengetahui cara-cara untuk mematikan mel suara.
3. Pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi
Sebelum memulakan perjalanan, sila pastikan anda mempunyai had kredit yang mencukupi untuk mengelakkan talian anda disekat semasa di luar negara.
Prabayar: Pastikan anda mempunyai baki kredit yang mencukupi
Pascabayar: Pastikan had kredit anda tidak melebihi.
4. Sila peka terhadap sekatan perantauan di negara yang anda lawati
Jika anda tidak dapat mengakses perkhidmatan Internet atau panggilan suara semasa perantauan, ini mungkin disebabkan oleh sekatan yang dikenakan oleh rangkaian negara atau sekatan kerajaan. Sila baca disini untuk kawasan pengecualian.
5. Fahami Caj Panggilan Suara
Nikmati 15 minit panggilan suara percuma, termasuk panggilan ke Malaysia, panggilan dalam negara destinasi, dan panggilan masuk.
Selepas 15 minit digunakan, caj standard “pay-per-use” akan dikenakan. Lihat senarai penuh kadar panggilan roaming di sini.
1. Mulakan Perantaun
Pengaktifan Pas perantauan adalah automatik. Pastikan Data Roaming dihidupkan apabila tiba di negara destinasi. Klik di sini untuk panduan cara mengaktifkan roaming.
Sekiranya anda belum membeli Pas perantauan, anda masih boleh beli sebaik tiba di destinasti:
Jika anda mempunyai Wi-Fi: Beli Pas perantauan melalui aplikasi CelcomDigi.
Jika anda tidak mempunyai akses Internet: Beli Pas perantauan dengan mendail *800#.
2. Panggilan ke luar negara
Untuk membuat panggilan semasa roaming, dail +<Kod Negara><Nombor Telefon>, kemudian tekan panggil. Ini memastikan panggilan tersambung dengan betul. Klik di sini untuk melihat kadar caj.
3. Penyelesaian kendiri
Jika anda menghadapi masalah melayari Internet semasa perantauan, pastikan Nama Titik Akses atau "Access Point Name" (APN) pada peranti anda adalah betul dan data roaming diaktifkan. Jika anda masih tidak dapat menggunakan roaming, sila rujuk di sini untuk panduan penyelesaian masalah kendiri.
4. Hubungi kami untuk bantuan semasa perantauan
Sekiranya anda menghadapi sebarang isu semasa perantauan, sila hubungi khidmat pelanggan 24 jam kami dengan mendail *125# atau chat dengan kami melalui WhatsApp.
5. Mengoptimumkan penggunaan data perantauan anda
Mod Data Rendah (iOS) dan Penjimat Data (Android) membantu kawal penggunaan data dengan mengurangkan aktiviti latar belakang dan mengehadkan penggunaan data oleh aplikasi. Sesuai untuk pelan terhad, sambungan perlahan, atau jika ingin data roaming tahan lebih lama.
Cara untuk aktifkan:
iOS: Pergi ke 'Tetapan' > 'Selular' > 'Pilihan Data Selular' > 'Mod Data' > 'Mod Data Rendah'.
Android: Pengaktifan 'Penjimat Data’ adalah berbeza mengikut model peranti. Sila rujuk panduan untuk jenama peranti anda bagi arahan lanjut.
6. Roaming Pass & Add-On
Semua Pas Perantauan Unlimited datang dengan kuota Internet berkelajuan tinggi harian. Jika kuota habis, anda boleh beli Roaming Add-On semasa pass masih aktif. Caj tambahan akan dikenakan mengikut add-on dipilih.
1. Matikan data roaming
Jika anda tinggal berhampiran kawasan sempadan seperti Singapura, Thailand atau Indonesia, sila pastikan data roaming dalam tetapan peranti anda dimatikan bagi mengelakkan dikenakan caj kerana disambungkan ke rangkaian roaming. Klik di sini untuk mengetahui cara mematikan data roaming pada peranti anda.
2. Tidak perlu membatalkan langganan pas perantauan sekali guna (one-time roaming pass)
Jika anda telah membeli pas perantauan sekali guna, tiada tindakan lanjut diperlukan selepas perjalanan kerana pas tidak diperbaharui secara automatik.
Untuk elakkan sambungan ke rangkaian luar negara, pastikan Data Roaming dimatikan, terutamanya di kawasan sempadan.
Untuk maklumat lanjut mengenai perantauan, sila klik di sini.