Bil akhir akan dijana apabila permintaan pemindahan keluar / port-out telah diterima oleh CelcomDigi. Bil akhir merangkumi yuran bulanan (pro-rata), perkhidmatan tambahan yang dikenakan caj, penggunaan bercaj dan sebarang jumlah tertunggak lain (tidak termasuk caj penalti).
Pelanggan dikehendaki membuat pembayaran dalam masa 2 jam selepas menerima SMS pemindahan keluar / port-out. Sila lakukan pembayaran tepat pada masanya untuk meneruskan proses pemindahan keluar / port-out. Bil hanya boleh diperolehi melalui pautan yang disediakan dalam SMS daripada Celcom atau Digi.
SMS dari Celcom atau Digi:
"Hai! Jumlah yg perlu dibayar adalah RM<jumlah hotbill>. Untuk melengkapkan port-out anda, sila bayar dalam masa 2 jam. Cari “HOTBILL” di laman web CelcomDigi.”