Tukar Pelan Prabayar ke Pelan Pascabayar
Anda boleh memohon untuk menukar pelan Prabayar ke pelan Pascabayar di lokasi berikut:
Sebelum membuat permohonan, pastikan
Akaun Prabayar anda aktif
Permohonan mesti dibuat oleh pemilik berdaftar (berumur 18 ke atas).
Anda hadir di kedai bersama NRIC/Pasport anda.
Caj
Tempoh Langganan | Caj |
<6 bulan | Bayaran pendahuluan akan dikenakan |
>6 bulan | Bayaran pendahuluan akan dikecualikan pada bil anda seterusnya |
Maklumat Tambahan
Tarikh pengaktifan baharu akan berkuat kuasa selepas talian anda berjaya dipindahkan.
Tempoh langganan Pascabayar anda akan diset semula.
Maksimum baki kredit Prabayar RM100 akan dipindahkan ke akaun Pascabayar anda.
Tukar Pelan Pascabayar ke Pelan Prabayar
Anda boleh memohon untuk menukar pelan Pascabayar ke pelan Prabayar di lokasi berikut:
Sebelum membuat permohonan, pastikan
Akaun Pascabayar anda aktif dan tiada bil tertunggak
Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemilik berdaftar
Anda hadir di kedai bersama NRIC/Pasport anda.
Caj
Bayaran pendahuluan akan dikenakan untuk menyelesaikan sebarang bil tertunggak. Sebarang lebihan bayaran akan dikembalikan melalui cek selepas dua kitaran bil.
Caj penalti akan dikenakan jika anda mempunyai kontrak aktif atau menamatkan kontrak lebih awal.
Maklumat Tambahan
Anda akan menerima bil akhir secara prorata selepas penukaran ke pelan Prabayar.
Hadiah percuma (freebies) daripada pelan Pascabayar anda tidak boleh dipindahkan dan akan dibatalkan.
Talian tambahan juga boleh ditukar ke pelan Prabayar, tetapi mesti didaftarkan di bawah pemilik yang sama.