Digi Box of Surprise adalah tawaran peribadi yang direka khas dan unik untuk setiap pelanggan berdasarkan pilihan anda, tabiat penggunaan dan tempoh langganan anda. Box of Surprise anda dikemaskini dari semasa ke semasa, jadi anda digalakkan untuk menyemaknya dengan kerap untuk menikmati tawaran terkini. Notifikasi akan dihantar setiap kali tawaran dikemaskini.
Kelayakan
Terbuka kepada semua pelanggan Digi, kecuali pelanggan broadband.
Sekiranya anda telah memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran daripada Digi, anda tidak layak untuk tawaran ini.
Pembelian
Anda boleh membeli tawaran Internet dalam Box of Surprise sebanyak mana yang anda mahu. Walau bagaimanapun, untuk Internet percuma, anda hanya boleh membeli tawaran ini sekali seminggu.