1. Berapakah caj yang dikenakan untuk melanggan bil kertas fizikal?
Celcom: Bermula 1 Mei 2024, caj bulanan untuk bil kertas fizikal ringkasan Celcom akan berubah dari RM5 ke RM10. Caj bil adalah seperti berikut:
Bil Terperinci: RM10/sebulan atau;
Bil Ringkasan: RM10/sebulan
Digi: Langganan bil kertas fizikal ialah RM10 sebulan bagi setiap talian telefon untuk bil ringkasan atau bill terperinci.
2. Mengapa saya perlu bertukar ke e-billing?
Kami menggalakkan pelanggan pascabayar Celcom dan Digi yang masih menerima bil kertas fizikal untuk beralih kepada e-billing bagi mengelakkan caj bil kertas fizikal. E-billing menyediakan akses yang mudah dan percuma untuk melihat dan memuat turun bil pada bila-bila masa, di mana sahaja.
3. Saya adalah pelanggan bil kertas fizikal. Bagaimanakah cara untuk bertukar ke e-billing?
Celcom: Langgan e-billing melalui aplikasi Celcom Life atau dengan mendail 1111.
Digi: Langgan e-billing dengan mengunjungi Kedai CelcomDigi terdekat.