Bayar melalui Celcom/ Digi untuk Huawei AppGallery membolehkan anda membuat pembelian langganan digital, pembelian dalam aplikasi melalui AppGallery atau produk/ perkhidmatan seperti Huawei Cloud Space, Huawei Movies, Huawei Music atau Huawei Books dan banyak lagi pada mana-mana peranti Huawei dengan membayar melalui bil bulanan Celcom/ Digi atau baki prabayar anda.
Menetapkan Pembayaran melalui Celcom/ Digi
Anda perlu mendaftar Huawei ID terlebih dahulu. Setelah anda mempunyai Huawei ID, pergi ke: 'Tetapan' > 'Huawei ID' > 'Pembayaran & Pembelian' > pilih 'Pembayaran Mudah Alih' > pilih 'Telefon Mudah Alih'.
Permintaan Invois
Anda boleh membuat permintaan dari lokasi berikut melalui telefon anda:
Langkah 1: Pergi ke 'Tetapan'
Langkah 2: Klik 'Akaun Anda' dan 'Pembayaran dan Pembelian'
Langkah 3: Pilih 'Sejarah Pembelian' dan klik pada pesanan yang anda telah buat
Langkah 4: Klik 'Request Invois' untuk meminta invois. Invois akan dikeluarkan dan dihantar ke alamat e-mel anda yang didaftarkan dalam akaun Huawei anda.