Jika anda tidak boleh menerima OTP (One-Time Password) atau TAC (Transaction Authorization Code), ia mungkin disebabkan oleh:
Perkhidmatan anda dalam mod tidak aktif (tidak digunakan untuk tempoh yang lama)
Premium SMS tidak diaktifkan dalam tetapan peranti anda
Berikut adalah beberapa langkah penyelesaian ini untuk mengatasi masalah tersebut:
1. Semak mesej spam atau disekat
Periksa folder mesej spam untuk OTP/TAC
Jika anda menggunakan Truecaller, semak folder spam dalam aplikasi tersebut
Pastikan kod pendek OTP/TAC tidak disekat pada telefon anda:
Untuk iPhone: Pergi ke 'Tetapan' > 'Telefon' > 'Kenalan Disekat' > Nyahsekat penghantar jika tersenarai.
Untuk Android: Pergi ke 'Tetapan' > 'Mesej' > 'Nombor Disekat' > Nyahsekat penghantar jika tersenarai.
2. Aktifkan akses Premium SMS
Sesetengah peranti Android memerlukan Premium SMS diaktifkan untuk menerima OTP. Berikut cara untuk mengaktifkannya:
Langkah 1: Buka 'Tetapan'
Langkah 2: Cari 'Akses Khas' atau 'Akses Premium SMS'
Langkah 3: Pilih 'Sentiasa Benarkan' untuk perkhidmatan mesej.
3. Hantar ‘SMS IN’ ke kod pendek peniaga atau merchant
Sesetengah bank dan perkhidmatan mungkin memerlukan pengaktifan SMS masuk dengan menghantar mesej ke kod pendek mereka. Sebagai contoh, untuk mengaktifkan perkhidmatan ini bagi Maybank, hantar ‘SMS IN’ ke 66628.
4. Mulakan semula peranti anda
Restart atau mulakan semula peranti anda untuk refresh semula sambungan rangkaian.