VoLTE dikenali sebagai suara melalui LTE yang membolehkan pelanggan menikmati panggilan suara berkualiti tinggi dengan hampir tiada bunyi bising latar belakang. Manakala Suara melalui WiFi atau VoWiFi adalah keupayaan untuk membuat dan/atau menerima panggilan suara & SMS melalui sambungan WiFi, walaupun isyarat telefon mudah alih terhad atau tiada.
Dengan mengaktifkan VoLTE dan VoWiFi pada peranti anda, anda akan mengalami liputan terbaik di dalam dan di luar bangunan.
Panggilan dan melayari Internet secara serentak
Panggilan yang 2x lebih cepat
Kualiti panggilan yang jelas
Panggilan melalui WiFi
VoLTE
Kelayakan & Peranti yang Disokong
Semua pelanggan Pascabayar Celcom dan Digi dengan model peranti yang disokong.
Semua peranti mudah alih terkini yang dijual melalui kedai pengeluar rasmi di Malaysia diaktifkan dengan VoLTE. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar telefon anda untuk mengesahkan keserasian VoLTE.
Pengaktifan VoLTE
VoLTE akan diaktifkan secara automatik apabila peranti anda disambungkan ke rangkaian 4G LTE. Pastikan peranti anda dikemaskini ke perisian terkini.
Kemudian,ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan VoLTE:
iOS
Pergi ke 'Tetapan' > 'Data Mudah Alih' > 'Pilihan Data Mudah Alih'.
Aktifkan 4G dan pilih 'Suara dan Data'.
Untuk memeriksa sama ada VoLTE telah diaktifkan: Pergi ke 'Tetapan' > 'Umum' > 'Tentang'.
Tekan pada 'Pembekal Rangkaian' dan ia akan berubah menjadi 'Status IMS: Suara & SMS'.
Android
Jika peranti telah disahkan VoLTE, ia akan diaktifkan secara automatik. Sila rujuk kepada pengeluar peranti untuk maklumat lanjut.
VoWiFi
Kelayakan & Peranti yang Disokong
Semua pelanggan Celcom dan Digi dengan model peranti yang disokong.
Semua peranti mudah alih terkini yang dijual melalui kedai pengeluar rasmi di Malaysia diaktifkan dengan VoWiFi. Sebagai alternatif, semak dengan pengeluar peranti anda untuk mengesahkan keserasian VoWiFi.
Pengaktifan VoWiFi
Sila pastikan perkara berikut:
Peranti anda menggunakan sistem operasi terkini
Peranti anda mempunyai ciri Panggilan Wi-Fi
Anda dapat melihat logo VoLTE pada status bar anda
Kemudian, ikuti langkah-langkah ini untuk mengaktifkan panggilan Wi-Fi pada peranti anda:
iOS
Pergi ke ‘Tetapan’ > ‘Perkhidmatan Mudah Alih’ > Cari ‘Panggilan Wi-Fi’ > Aktifkan 'Panggilan Wi-Fi pada iPhone Ini'.
Android
Pergi ke ‘Tetapan’ > ‘Rangkaian & Internet’ atau pilihan yang serupa bergantung kepada peranti anda > Cari ‘Panggilan Wi-Fi’ atau ‘Keutamaan Panggilan Wi-Fi’ dan aktifkan.
Setelah diaktifkan, anda akan dapat melihat ikon di bahagian atas status bar peranti yang menunjukkan VoWiFi sedang aktif. Ini juga akan tertakluk kepada jenama/model peranti yang berbeza.