Perkara yang anda perlu tahu mengenai eKYC, kepentingannya dan cara melengkapkannya dengan betul sejak awal.
Proses pengesahan akaun, yang juga dikenali sebagai electronic Know Your Customer (eKYC), ialah satu proses yang pantas dan selamat untuk mengesahkan identiti anda secara dalam talian. Dalam aplikasi CelcomDigi, pengesahan identiti melalui eKYC amat penting bagi membolehkan anda melihat semua maklumat sensitif berkaitan akaun anda.
Jika anda belum melengkapkan proses eKYC, anda tidak akan dapat melihat maklumat peribadi atau sensitif dalam akaun anda. Namun begitu, anda masih boleh melakukan urusan asas seperti:
Membayar bil
Menambah nilai kredit prabayar
Membeli add-on
Membeli baucar
Mengaktifkan pas roaming
Ini bermaksud anda masih boleh menguruskan perkhidmatan anda, tetapi akses penuh ke akaun hanya akan diberikan selepas eKYC anda berjaya diselesaikan.
Langkah 1: Selepas anda memilih jenis ID, ikuti arahan yang diberikan dan imbas MyKad anda.
Langkah 2: Setelah proses pengesahan selesai, pastikan semua maklumat di halaman "Confirm Details" adalah betul. Jika terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat, sila imbas semula untuk mengemas kini.
Langkah 3: Setelah mengesahkan maklumat anda, ikut arahan untuk melengkapkan pengecaman wajah. Klik "Take Selfie Now" untuk memulakan dan tunggu sebentar sehingga pengesahan selesai.
Langkah 4: Setelah pengecaman wajah berjaya, klik "Next" untuk meneruskan.
Setelah proses pengesahan selesai, anda boleh mula menggunakan aplikasi sepenuhnya.
Langkah 1: Selepas memilih jenis ID, ikuti arahan yang diberikan dan imbas pasport anda.
Langkah 2: Setelah pengesahan selesai, pastikan semua maklumat di halaman "Confirm Details" adalah betul. Jika terdapat maklumat yang tidak lengkap atau tidak tepat, sila imbas semula untuk membuat kemas kini.
Langkah 3: Setelah mengesahkan maklumat anda, ikuti arahan untuk melengkapkan pengecaman wajah. Klik "Take Selfie Now" untuk memulakan dan tunggu sebentar sehingga pengesahan selesai.
Langkah 4: Setelah pengecaman wajah berjaya, klik "Next" untuk meneruskan.
Apabila pengesahan anda telah berjaya, anda sudah bersedia untuk meneroka aplikasi ini sepenuhnya.
Apabila eKYC anda telah diluluskan, anda akan mendapat akses penuh ke akaun anda, termasuk:
Melihat sejarah bil dan pembayaran secara terperinci
Menyemak butiran kontrak dan pelan anda
Berikut ialah beberapa tip ringkas:
Elakkan silau atau pantulan semasa mengambil gambar ID anda.
Pastikan gambar anda diambil dalam keadaan pencahayaan yang terang.
Pastikan ID anda dimuatkan sepenuhnya dalam bingkai yang disediakan.
Pastikan tiada bahagian ID anda yang tertutup atau terhalang semasa gambar diambil.
Gunakan sambungan Internet yang stabil semasa proses pengesahan untuk mengelakkan sebarang gangguan.
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, jangan teragak-agak untuk memulakan semula proses atau menghubungi sokongan pelanggan untuk bantuan.