1. Adakah saya perlu lakukan apa-apa untuk beralih ke Spark?
Tidak. Akaun anda akan dipindahkan secara automatik. Semua baki, Kredit dan Mata Ganjaran (points) dibawa bersama.
2. Adakah saya perlu muat turun aplikasi baharu?
Tidak, hanya kemas kini aplikasi anda ke versi terkini dan log masuk menggunakan emel dan kata laluan berdaftar.
3. Apa yang berlaku kepada nombor dan pelan mudah alih saya sekarang?
Pelan semasa anda akan kekal aktif mengikut pilihan yang telah dibuat.
Sekiranya Auto-Renew diaktifkan dan kaedah pembayaran anda masih sah, pelan anda akan diperbaharui secara automatik tanpa memerlukan sebarang tindakan lanjut daripada anda.
Namun, sekiranya pembayaran gagal atau Auto-Renew telah dinyahaktifkan, pelan anda akan tamat. Anda kemudiannya boleh meneroka dan memilih daripada pelan Spark terkini yang tersedia dalam aplikasi.
4. Apakah pelan mudah alih baharu yang ditawarkan Spark?
Berikut adalah pelan mudah alih yang tersedia:
Nama Pelan | Kuota | Panggilan | Harga (RM) | Tempoh Sah |
Spark Mini | 3GB (4G) | - | RM15 | 30 hari |
Spark Standard | 40GB (4G/5G) | 100 minit | RM25 | 30 hari |
Spark Plus | 200GB (4G/5G) | 100 minit | RM65 | 30 hari |
5. Apa yang berlaku kepada baki Kredit dan Mata Ganjaran saya?
Kredit dan Mata Ganjaran anda kekal seperti biasa, dipindahkan ke Spark dan boleh digunakan seperti biasa.
6. Apa yang berlaku kepada pas Roam Like Home (RLH) dan IDD saya?
Program ini telah dihentikan. Jika anda telah memperoleh ganjaran, ia boleh ditebus dan digunakan sehingga 31 Disember 2025. Selepas itu, baki yang tidak digunakan akan luput.
7. Apa yang berlaku kepada ganjaran Add-On dan Roam Like Home (Buy10 Free1)?
Program ini telah dihentikan. Jika anda telah memperoleh ganjaran, ia boleh ditebus dan digunakan sehingga 31 Disember 2025. Selepas itu, baki yang tidak digunakan akan luput.
8. Apa yang berlaku kepada program rujukan (Refer2Earn)?
Program Refer2Earn telah tamat. Namun, kami sedang meneroka cara baharu untuk memberi ganjaran kepada komuniti kami — nantikan kemas kini dalam aplikasi.
9. Bila Points dan ganjaran (Buy10 Free1) saya akan tamat tempoh?
Semua ganjaran yang diperoleh akan kekal sah sehingga 31 Disember 2025. Sebarang baki yang tidak digunakan akan luput selepas tarikh tersebut. Mata anda akan kekal sah sehingga diberitahu kelak.
10. Bagaimana saya boleh dapatkan bantuan jika ada masalah?
Spark sepenuhnya digital. Gunakan live chat dalam aplikasi atau hantar tiket sokongan bila-bila masa untuk bantuan melalui aplikasi Spark.
11. Adakah penggantian SIM fizikal masih dibenarkan?
Ya. Jika SIM fizikal anda hilang atau rosak, anda boleh membuat permintaan penggantian dalam aplikasi Spark.
12. Bolehkah saya tukar antara eSIM dan SIM fizikal?
Anda boleh menukar dari SIM fizikal ke eSIM pada bila-bila masa, namun penukaran dari eSIM kembali ke SIM fizikal tidak tersedia kerana Spark direka sebagai satu pengalaman serba digital.
13. Bolehkah saya masih membuat tambah nilai tunai di 7-Eleven?
Tidak, tambah nilai tunai tidak lagi tersedia. Sebagai alternatif, anda boleh membuat pembayaran melalui saluran digital melalui:
Kad kredit/debit
Paypal
Perbankan dalam talian
eWallet: Boost, Touch ‘n Go, GrabPay, Alipay