Umum:
1. Apakah tawaran ini?
Tawaran masa terhad ini memberi anda akses percuma ke Viu Premium selama 12-bulan (bernilai RM238.80) dengan setiap pembelian peranti dibawah kontrak 12-bulan Pakej MegaJimat sepanjang tempoh kempen.
2. Bilakah tempoh kempen bagi tawaran ini?
Promosi ini bermula dari 30 Oktober 2025 sehingga diberitahu kelak.
3. Siapakah yang layak untuk tawaran ini?
Tawaran ini terbuka kepada pelanggan CelcomDigi Postpaid 80 baharu dan sedia ada yang membeli peranti dibawah kontrak 12-bulan Pakej MegaJimat di Kedai CelcomDigi, CelcomDigi Express, CelcomDigi Express lite & rakan niaga sah. Sila ambil perhatian bahawa pembelian peranti atas talian tidak layak untuk tawaran ini.
4. Apakah yang termasuk dalam tawaran ini?
Langganan Viu Premium Percuma selama 12-bulan bernilai RM238.80 adalah termasuk dengan setiap pembelian peranti kontrak 12-bulan Pakej MegaJimat.
5. Model peranti mudah alih manakah yang layak untuk tawaran ini?
Akses Viu Premium percuma selama 12-bulan adalah tersedia dengan model kontrak peranti 12-bulan dibawah Pakej MegaJimat. Sila rujuk di sini bagi senarai peranti mudah alih yang layak.
6. Adakah terdapat tempoh kontrak bagi tawaran ini?
Ya, peranti Pakej MegaJimat disertakan sekali dengan kontrak 12-bulan. Caj penamatan awal akan dikenakan jika anda batalkan pelan anda sebelum kontrak tamat.
7. Bagaimanakah cara untuk mendaftar ke tawaran ini?
Anda boleh membeli kontrak peranti 12-bulan Pakej MegaJimat di Kedai CelcomDigi, CelcomDigi Express, CelcomDigi Express lite & rakan niaga sah. Sila ambil perhatian bahawa pembelian peranti atas talian tidak layak untuk tawaran ini.
8. Berapa lamakah tempoh sah bagi akses Viu Premium ini?
Akses Viu Premium anda sah selama 12 bulan dari tarikh pengaktifan.
Akses Viu Premium | Akses Viu Premium |
1 Jun 2025 14:00 | 1 Jun 2026 13:59 |
9. Bagaimanakah cara untuk menebus akses 12-bulan percuma Viu Premium saya?
Anda akan menerima SMS setelah pembelian peranti Pakej MegaJimat anda berjaya.
Akses | Langkah |
Melalui aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi |
Melalui Pelayar Web | Langkah 1: Log masuk melalui: https://www.viu.com/ott/my |
Melalui aplikasi Viu | Langkah 1: Muat turun aplikasi Viu dari Google Play Store atau Apple App Store |
10. Apakah akan berlaku selepas Viu Premium percuma 12 bulan tamat?
Akses Viu Premium anda akan dihentikan secara automatik melainkan anda memilih untuk meneruskan pada kadar bulanan add-on StreamMORE Viu.
11. Bolehkah saya memilih perkhidmatan servis selain daripada Viu?
Ya. Anda boleh melanggan secara berasingan, ke StreamMORE iQIYI atau StreamMORE Disney+ Basic melalui aplikasi CelcomDigi kami.
12. Bolehkah pelanggan semasa StreamMORE atau Mega Add-Ons Viu Premium nikmati tawaran ini?
Ya. Jika anda mempunyai langganan Viu Premium sedia ada, anda masih boleh menikmati tawaran ini. Sila rujuk dibawah untuk info lanjut:
Jenis Langganan Sedia Ada | Senario |
StreamMORE Viu Premium | Akses Viu Premium percuma selama 12 bulan yang baharu akan menggantikan akses Viu Premium StreamMORE semasa anda secara automatik. |
Mega Add-Ons Viu Premium | Anda perlu membatalkan kontrak Mega Add-Ons Viu Premium semasa anda untuk mendaftar ke kontrak Pakej MegaJimat. |
Langganan Viu Premium luaran | Anda perlu membatalkan langganan Viu Premium luaran. Jika tidak, anda akan terus dicaj untuk langganan tersebut. |
13. Apakah akan terjadi jika saya menaik atau menurun taraf pelan Pascabayar saya?
Menaik taraf: Akses Viu Premium anda akan kekal.
Menurun taraf pelan ke bawah CelcomDigi Postpaid 80: Kontrak Pakej MegaJimat anda akan ditamatkan secara automatik & caj penamatan awal akan dikenakan. Akses Viu Premium percuma akan dibatalkan.
14. Bolehkah saya memindahkan akses Viu Premium saya kepada orang lain?
Tidak. Tawaran ini tidak boleh dipindah milik dan mesti ditebus menggunakan nombor telefon yang digunakan semasa pembelian peranti mudah alih dengan Pakej MegaJimat.
15. Apakah akan terjadi jika saya menamatkan talian Pascabayar saya?
Jika anda menamatkan talian Pascabayar anda, anda tidak akan dapat mengakses Viu Premium percuma anda berkuat kuasa serta-merta.