1. Apakah Pas Sekali 12 Bulan Viu Premium?
Pas Sekali 12 Bulan Viu Premium adalah pas Viu Premium eksklusif tersedia hanya untuk pelanggan yang pra-tempah OPPO Find X9 Pro 5G semasa tempoh kempen Pra-Tempah. Ia menawarkan caj sekali sahaja sebanyak RM49 untuk akses ke Viu Premium selama12 bulan & pas sekali internet 5GB.
2. Bilakah saya boleh langgan ke pas ini?
Pas ini tersedia hanya semasa transaksi pra-tempah OPPO Find X9 Pro 5G. Anda harus pilih pas ini semasa pra-tempah ; ia tidak akan tersedia kemudian. Setiap pelanggan hanya berhak untuk melanggan ke satu Pas Sekali 12 bulan Viu Premium.
3. Bilakah Pas ini akan diaktifkan?
Setelah anda pilih pas semasa proses pra-tempahan, ia akan diaktifkan secara auto dalam masa 14 hari bekerja daripada hari penghantaran peranti. Setelah diaktifkan, anda akan menerima SMS pengesahan.
4. Saya sudah mempunyai langganan Add-Ons StreamMORE Viu Premium. Adakah saya masih layak untuk nikmati Pas Sekali 12 bulan Viu Premium ini?
Ya, anda masih layak. Langganan Add-Ons StreamMORE Viu Premium semasa anda akan ditamatkan secara auto dan digantikan dengan langganan baharu ini.
Anda hanya perlu:
Pilih “Ya” di bawah togol keizinan bagi Pas Sekali 12 bulan Viu Premium semasa proses pra-tempahan OPPO Find X9 Pro.
5. Berapa lamakah tempoh sah bagi akses Viu Premium ini?
Akses Viu Premium anda sah selama 12 bulan dari tarikh pengaktifan.
Akses Viu Premium | Akses Viu Premium |
1 Jun 2025 14:00PM | 1 Jun 2026 13:59PM |
6. Bagaimanakah cara untuk menebus akses Viu Premium saya?
Anda akan menerima SMS setelah pembelian peranti Pakej MegaJimat anda berjaya.
Akses | Langkah |
Melalui aplikasi CelcomDigi | Langkah 1: Log masuk ke aplikasi CelcomDigi |
Melalui Pelayar Web | Langkah 1: Log masuk melalui: https://www.viu.com/ott/my |
Melalui aplikasi Viu | Langkah 1: Muat turun aplikasi Viu dari Google Play Store atau Apple App Store |
7. Apakah akan berlaku selepas Pas Sekali 12 Bulan Viu Premium tamat?
Akses Viu Premium anda akan dihentikan secara automatik melainkan anda memilih untuk meneruskan pada kadar bulanan add-on StreamMORE Viu.