1. Apakah pelan mudah alih yang ditawarkan oleh Spark?
Spark menawarkan tiga pelan langganan untuk memenuhi keperluan berbeza:
Pelan | Kuota | Panggilan | Harga (RM) | Tempoh Sah |
Spark Lite | 3GB (4G) | - | RM15 | 30 hari |
Spark Basic | 40GB (4G/5GB) | 100 minit | RM25 | 30 hari |
Spark Premium | 200GB (4G/5G) | 100 minit | RM65 | 30 hari |
2. Adakah pelan Spark diperbaharui secara automatik?
Ya, pelan akan diperbaharui secara automatik setiap 30 hari. Anda juga mempunyai pilihan untuk hentikan auto-pembaharuan pada bila-bila masa melalui aplikasi
3. Jika saya telah menggunakan habis internet pelan saya, bolehkah saya membeli add-on Booster?
Ya, anda boleh. Selagi anda mempunyai pelan mudah alih yang aktif, anda boleh membeli Booster melalui aplikasi.
Berikut ialah senarai Booster yang tersedia dengan pelan Spark:
Kategori | Kuota | Harga (RM) |
| 1GB | RM1 |
Internet Pantas | 3GB | RM3 |
Internet Pantas | 10GB | RM5 |
Internet Pantas | 25GB | RM10 |
Internet Pantas | 100GB | RM30 |
Panggilan | 30 minit | RM1 |
Panggilan | 500 ninit | RM5 |
SMS | 50 SMS | RM1 |
SMS | 1000SMS | RM3 |
4. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan perautauan antarabangsa dan apakah pelan yang tersedia?
Pengaktifan:
Pastikan pelan asas anda aktif.
Beli Roaming Pass melalui aplikasi Spark (sehingga 60 hari sebelum perjalanan).
Roaming Pass akan diaktifkan secara automatik apabila anda menggunakan internet buat kali pertama di luar negara.
Penggunaan di luar negara:
Apa yang boleh dilakukan:
Gunakan internet dengan Roaming Pass.
Terima SMS, sama ada dengan atau tanpa Roaming Pass, selagi telefon anda bersambung ke rangkaian rakan kongsi di luar negara.
Apa yang tidak boleh dilakukan:
Membuat atau menerima panggilan
Menghantar SMS
Piihan Roaming Pass:
Zon | Negara | Tempoh Sah | Kuota (GB) | Harga (RM) |
A | Singapore, Indonesia, Thailand | 1 Hari | 1 | 4 |
A | Singapore, Indonesia, Thailand | 7 Hari | 3 | 10 |
B | Brunei, Cambodia, Vietnam, Laos, Philippines | 1 Hari | 1 | 8 |
B | Brunei, Cambodia, Vietnam, Laos, Philippines | 7 Hari | 3 | 20 |
C | China, Japan, Korea, India, Taiwan, Hong Kong | 1 Hari | 1 | 10 |
C | China, Japan, Korea, India, Taiwan, Hong Kong | 7 Hari | 3 | 25 |
D | Albania, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Canada, Congo, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Timor-Leste, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Ghana, Greece, Hungary, Iceland, Isle Of Man, Jersey, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macau, Malta, Mozambique, Nepal, Ireland, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Netherlands, Serbia, Slovenia, South Africa, Spain, Sri Lanka, Belgium, Switzerland, Tanzania, Turkey, Ukraine, United Arab Emirates, United Kingdom, United States, Uruguay, Uzbekistan, Sweden, Denmark, Italy, Saudi Arabia. | 1 Hari | 1 | 18 |
D | Albania, Armenia, Australia, Austria, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Bosnia and Herzegovina, Brazil, Canada, Congo, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Timor-Leste, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Ghana, Greece, Hungary, Iceland, Isle Of Man, Jersey, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan, Latvia, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Macau, Malta, Mozambique, Nepal, Ireland, New Zealand, Norway, Oman, Pakistan, Poland, Portugal, Qatar, Romania, Russia, Netherlands, Serbia, Slovenia, South Africa, Spain, Sri Lanka, Belgium, Switzerland, Tanzania, Turkey, Ukraine, United Arab Emirates, United Kingdom, United States, Uruguay, Uzbekistan, Sweden, Denmark, Italy, Saudi Arabia. | 7 Hari | 3 | 50 |
5. Bolehkah saya pra-beli Roaming Pass dan adakah had?
Ya. Anda boleh pra-beli Roaming Pass sehingga 60 hari lebih awal. Pass akan diaktifkan secara automatik apabila anda mula menggunakan data di luar negara. Tiada had untuk bilangan pass yang boleh dibeli. Pass tambahan akan kekal tidak aktif dan hanya akan diaktifkan apabila pass semasa tamat atau kuota datanya habis digunakan.
6. Adakah Spark menyokong Voice over LTE (VoLTE)?
Ya. VoLTE membolehkan anda membuat panggilan melalui rangkaian 4G untuk kualiti lebih baik dan sambungan lebih pantas.
Dengan VoLTE, anda akan menikmati:
Kualiti panggilan HD
Penyambungan panggilan lebih pantas
Boleh guna suara + data serentak
Pertukaran lancar antara panggilan suara & video
Perkara penting:
Hanya berfungsi pada peranti yang disokong (semak dengan pengeluar).
Memerlukan liputan 4G + kemas kini perisian terkini.
Biasanya aktif secara automatik, tetapi boleh diaktifkan melalui Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > VoLTE.
Ketersediaan ketika roaming bergantung pada rangkaian rakan kongsi.
7. Adakah Spark menyokong Voice over WiFi (VoWiFi)?
Ya. Voice over Wi-Fi (VoWiFi) membolehkan anda membuat dan menerima panggilan atau SMS melalui sambungan Wi-Fi apabila isyarat mudah alih terhad atau tidak tersedia.
Perkara penting:
Berfungsi pada peranti serasi dengan WiFi Calling diaktifkan.
Memerlukan talian VoLTE aktif + peranti yang disokong.
Tidak tersedia semasa roaming.
Kekal tersedia walaupun anda tukar peranti (bergantung pada keserasian).
Boleh digunakan pada mana-mana rangkaian WiFi (tertakluk pada tetapan router).
Jika talian digantung, dihalang atau ditamatkan, VoWiFi tidak dapat diakses.